SUAMI IDAMAN

Suami idaman kami
Lautan cintanya pada RABB ‘IZZATI
Cinta teragungnya
Debar rindunya hanya pada JANNATUL FIRDAUS

Tempat kembali yang sangat indah
Maka kami adalah yang paling setia
Mengiringi hidupnya di dunia ini

Suami idaman kami
Hidupnya untuk ISLAM
Setiap detik hidupnya hanya untuk
Menegakkan DAULAH ISLAMIYAH di bumi ALLAH
Setiap peluh yang menitis hanya kerana
Memperjuangkan kelestarian ISLAM agar terpelihara
Maka kami adalah yang paling berbangga
Menjadi SRIKANDI kepada seorang yang bergelar MUJAHID

Suami idaman kami
Jihadnya untuk ISLAM
Setiap darah yg mengalir
Pasti kerana tekad untuk memelihara kesucian ISLAM
SYAHIDnya kerana ISLAM
Maka kami adalah yang amat beruntung
Memiliki kekasih yang gagah sepertinya

Suami idaman kami
Wajahnya sentiasa dibasahi WUDHU’ yg sempurna
Bibirnya sentiasa dihiasi dengan DZIKIR padaNya
Setiap tutur kata bermanfaat buat kami dan semua
Saka kami adalah yang paling bahagia
Dinaungi seorang yang bijak laksana

Suami idaman kami
Penglihatannya sentiasa dipelihara
Menjauhkan kebatilan dari dirinya
Hanya memandang kepada yang hak daripadanya
Dia melindungi dan menyayangi
Atas rasa tanggungjawab pada amanah yang dianugerahkan
Dia menegur dan menasihati
Dengan tulus dan ihsan
Agar mendapat mardhatillah
Maka kami adalah yang paling bertuah
Dapat mengasihi seorang mukmin soleh sepertinya

Suami idaman kami
Berusaha memperelokkan diri
Bengan ilmu dan pengetahuan
Agar semakin pantas berbicara
Agar menjadi DA’I yang berHIKMAH
Sentiasa berusaha menghiasi diri dengan untaian TAQWA
QIYAMULAIL memang tradisinya
Sholat sunat menjadi kegemarannya
TILAWAH QUR’AN ibadah kesukaannya
Maka kami adalah yang paling beruntung
Mendapat bahagian dalam doanya

Suami idaman kami
Dirimu permata gemilang
Yang bakal menyerikan dan mewarnai hidup kami
Kami adalah yang paling bersyukur
Kerana menjadi permaisuri mahligaimu insyaALLAH,
Kami akan menjadi penyokong setiamu
Dalam memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini
Kerana dirimu adalah

KEKASIHKU, MUJAHIDKU

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s